Ikhlas daripada aku selaku penulis di ruangan blog ini, AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI sekiranya ada tertulis, terkasar bahasa, ada yang terasa, dan ada yang tak berpuas hati atas kata-kata penulisan bahasa aku selama ini. Kadang-kadang, kita manusia biasa takkan sedar atas kesilapan sendiri sehinggalah ditegur. Dan terima kasih di atas setiap teguran itu. InsyaAllah, bermulanya 2012, aku akan cuba sedaya upada untuk melakukan dan menyampaikan sesuatu yang lebih baik.
Didoakan yang terbaik untuk semua!